Tuesday, June 2, 2020

Brownies Kedut

    Bahan-bahan
  • 150g butter/mentega
  • 350g colat dark Beryls/coklat blok untuk kek
  • 3 biji telur
  • 170g gula perang
  • 1 cawan tepung naik sendiri
  • Esen vanila

    Cara - cara
  1. Satukan butter dan coklat, cairkan.
  2. Dalam bekas lain, campurkan telur, gula dan esen vanila. Kacau sebati(tak perlu lama)
  3. Masukkan butter dan coklat yang telah dicairkan tadi. Tak perlu tunggu sejuk. Kacau sebati
  4. Masukkan tepung. Kacau sebati
  5. Biarkan sekejap sementara sediakan loyang dan panaskan oven
  6. Masukkan adunan ke dalam loyang yang telah dilapik dengan baking paper
  7. Bakar dengan suhu oven 140-150 celcius selama 45 minit
  8. Buka pintu oven sedikit selama 10 minit apabila brownies telah masak (Brownies masak jika permukaan brownies tak melekat di jari apabila disentuh)

Puding Buih

    Bahan-bahan:
  • 1 paket serbuk agar-agar (cap nona 10g)
  • 1500ml air
  • 250g gula
  • 3 biji telur putih
    Cara-cara
  1. Masak serbuk agar-agar bersama air hingga betul-betul larut
  2. Masukkan gula dan masak hingga gula larut
  3. Masukkan pewarna makanan. Tutup api dan biarkan sejuk sedikit
  4. Apabila dah suam, masukkan telur putih yg tlh dipukul kembang
  5. Kacau guna mixer hingga betul - betul sebati. Jika telur putih terapung, biarkan seketika hingga sejuk sikit kemudian mix lagi. Guna bekas yg transparent supaya senang nampak
  6. Dah betul-betul sebati, biarkan sejuk atau masukkan dlm peti ais
Kuah kastad:
    Bahan-bahan:
  • 1 tin susu cair
  • 1000ml air
  • 3 biji kuning telur(x suka lemak boleh kurangkan)
  • Setgh cawan gula
  • Sedikit esen vanilla
  • 1 sudu makan tepung kastad
Cara: Campur semua dalam periuk, whisk sebati. Masak hingga ada buih-buih

Ketupat Sotong

    Bahan-bahan
  • 8-10 ekor sotong
  • 1 cawan beras pulut
  • 1 cawan santan pekat - kuah
  • 2 ulas bawang merah
  • 1 inci halia
  • 1/2 sk halba
  • Garam dan gula
    Cara - cara
  1. Basuh beras pulut hingga bersih. Rendam dengan memasukkan sedikit santan ke dalam air(Rendam agak-agak tenggelam pulut. Rendam selama lebih kurang 1 1/2 jam
  2. Masukkan beras pulut yang telah direndam tadi ke dalam sotong yang telah dibersihkan sebanyak 2/3 penuh
  3. Selitkan lidi pada bahagian atas sotong supaya pulut tak keluar
  4. Masukkan ke dalam periuk bersama air dan sedikit santan, bawang merah dan halia
  5. Biarkan mendidih. Kemudian masukkan santan selebihnya, halba, garam dan gula
  6. Masak sehingga sotong dan pulut mas

Kuah Yong Tau Foo

    Bahan-bahan
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 sb lada boh
  • 1 paket taucu (cap opah nur - 60g) - dimesin lumat
  • 3/4 cawan kicap manis
  • 2 sb kicap masin
  • 1/2 cawan gula
  • 1 sb gandum
  • sedikit belacan yang telah dibakar-optional

    Cara - cara
  1. Tumis bawang putih dan lada boh hingga naik bau
  2. Masukkan tepung gandum. Kacau sebati
  3. Masukkan sedikit air. Masak hingga lada masak dan pecah minyak
  4. Masukkan taucu, kicap dan gula
  5. Masak sehingga pekat
  6. Siap. Boleh ditabur dengan kacang goreng

Sagupal

    Bahan (sagu)
  • 2 cawan Sagu
  • inti kacang secukupnya
  • 1/2 cawan air panas
  • 1/2 sk garam
    Bahan (Kuah)
  • 1 cawan santan
  • 1/2 cawan air
  • 1 ulas bawang merah - dipotong halus
  • 1/2 sk halba
  • 1 inci halia
  • 1 sk garam
  • 2 sb gula

    Cara - cara
  1. Masukkan 1/2 sk garam ke dalam 1/2 cawan air panas. Kemudian masukkan air tersebut ke dalam sagu. Kacau sebati
  2. Masukkan sagu tadi ke dalam bekas lompang(separuh). Masukkan inti dan masukkan sagu semula (atau boleh bulat-bulatkan sahaja dengan inti di dalam)
  3. Kukus hingga masak
  4. Sementara kukus, sediakan kuah. Masukkan semua bahan kuah ke dalam periuk. Masak hingga santan menggelegak tapi jangan terlalu lama
  5. Setelah kuah masak, masukkan sagupal tadi ke dalam kuah
  6. Sedia untuk dihidang

Puding Susu

    Bahan-bahan
  • 32g agar-agar tali
  • 14 cawan air
  • 1 tin susu cair
  • 1 tin susu pekat
    Cara - cara
  1. Masak agar-agar dengan air sehingga agar-agar larut sepenuhnya
  2. Masukkan susu cair dan susu pekat
  3. Kacau sekejap. dan tutup api
  4. Masukkan ke dalam bekas yang sesuai dan sejukkan
  5. Boleh ubahsuai untuk jadikan puding laici. Masukkan air laici dalam adunan tadi dan letak laici di atas. Setelah puding membeku, masukkan pula kordial laici pada permukaan puding
H

Kacang Salut

    Bahan-bahan
  • 1/2kg kacang jawa(tak perlu buang kulit)
  • 1 biji telur
  • 1 cawan gula
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sb garam

    Cara - cara
  1. Basuh kacang dan toskan air. Biarkan kering sedikit
  2. Satukan telur, gula dan garam. Kacau sebati
  3. Masukkan kacang. Gaulkan
  4. Kemudian masukkan tepung. Gaul sebati
  5. Goreng dalam minyak yang banyak dengan api sederhana

Sos Black Pepper

    Bahan-bahan
  • 2 sudu marjerin
  • 2 sudu tepung gandum
  • 2 cawan air
  • 1 ketul kiub ayam
  • 1 sudu gula
  • 1 sudu kicap pekat
  • 1 tin mushroom (hancurkan)

    Cara - cara
  1. Panaskan kuali. Cairkan marjerin
  2. Masukkan tepung dan kacau. Gunakan api perlahan atau sederhana
  3. Masukkan air, kicap, lada hitam, mushroom dan kiub ayam
  4. Perisakan dengan garam dan gula
  5. Masak hingga pekat

Apam Beras Mekar

    Bahan A:
  • 2 cawan nasi sejuk
  • 1/4 ragi(tumbuk halus)
  • 1 cawan gula
  • 3/4 cawan air
    Cara-cara:
  1. Gaulkan nasi dengan ragi yang telah ditumbuk halus. Peram semalaman
  2. Blend nasi yang telah diperam tadi bersama gula dan air
    Bahan B:
  • 3 cawan tepung beras
  • 1 cawan air
  • 1 bungkus eno(bungkus biru

    Cara - cara
  1. Bancuh tepung beras dan air. Kacau sebati
  2. Campurkan tepung yang telah dibancuk dengan adunan B. Perap selama 5 jam
  3. Selapas itu, masukkan eno. Kacau sebati
  4. Masukkan ke dalam acuan lompang. Kukus selama 15 minit

Apam Gula Hangus

    Bahan A:
  • 1 cawan gula
  • 1 cawan air panas
  • 2 sudu besar marjerin
    Cara-cara:
  1. Masak gula hingga menjadi karamel
  2. Masukkan air panas dan marjerin. Biarkan sejuk
    Bahan B:
  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 1 biji telur
  • 2 sudu besar susu pekat
  • 1/2 cawan minyak masak
  • 1 sudu kecil esen vanila

    Cara - cara
  1. Ayak tepung dan soda bikarbonat
  2. Pukul telur dan masukkan semua bahan B
  3. Masukkan air gula (bahan A). Kacau sebati
  4. Kemudian tapis adunan tadi
  5. Perap selama lebih kurang 15minit
  6. Masukkan ke dalam acuan kuih lompang (atau acuan lain) yang telah disapu minyak
  7. Kukus selama 15minit atau sehingga masak. Permukaan kuih kelihatan berkilat apabila masak

Acar Masak Timun

    Bahan-bahan
  • 2 batang timun - belah dan potong panjang
  • 5 ulas bawang merah - kisar
  • 3 ulas bawang putih - kisar
  • 2 labu bawang besar - dipotong 4
  • 1 sb lada boh
  • 3/4 cawan cuka
  • 1/4 cawan gula

    Cara - cara
  1. Tumis bawang merah dan bawang putih yang telah dikisar hingga naik bau
  2. Kemudian masukkan lada boh dan gula. Tumis hingga pecah minyak
  3. Masukkan 1 cawan air. Biarkan mendidih
  4. Masukkan timun dan bawang besar yang telah dipotong
  5. Biarkan mendidih. Kemudian masukkan cuka
  6. Perisakan dengan garam. Siap

Kek Slice Cheese

    Bahan - bahan
  • 4 - 5 keping slice cheese
  • 200ml susu segar (susu kotak fresh milk)
  • 70g butter
  • 70g gandum
  • 70g gula
  • 4 biji telur

    Cara - cara
  1. Cairkan slice cheese bersama susu
  2. Masukkan butter, kacau hingga larut. Sejukkan
  3. Pukul puth telur dan gula hingga kembang (soft peak)
  4. Dalam mangkuk lain, pukul kuning telur hingga kembang. Kemudian masukkan adunan cheese
  5. Masukkan tepung ke dalam adunan kuning telur
  6. Kemudian masukkan adunan putih telur. Kacau secara kaup balik
  7. Bakar secara bain marie. Tetapkan suhu 200 celcius untuk 15 minit, kemudian turunkan kepada 170 atau mengikut kesesuaian suhu oven. 

Kek Coklat Cheese

    Bahan A
  • 180g butter
  • 170g gula
  • 3 biji telur
  • 20g serbuk koko
  • 120g tepung gandum
  • 1 sk baking powder
    Bahan B
  • 250g cheese
  • 60g gula
  • 1 biji telur
  • esen vanila

    Cara - cara
  1. Pukul butter dan gula hingga kembang
  2. Masukkan telur, pukul lagi
  3. Masukkan tepung, serbuk koko dan baking powder yang telah diayak
  4. Di dalam bekas lain, masukkan semua bahan B dan pukul sebati
  5. Masukkan separuh adunan kek (A) ke dalam loyang dan lapis dengan bahan B seterusnya bahan A. Boleh juga diletak seperti kek marble
  6. Boleh dibakar atau kukus

Kek Karamel

Adunan A (Karamel):

    Bahan - bahan
  • 3sb gula
  • 3 biji kuning telur
  • 1/2 tin susu cair
  • 50g gula
  • 1 sk esen vanila
    Cara - cara
  1. Sediakan loyang bulat 8/9 inci.
  2. Tabur gula dalam loyang dan masak atas api perlahan. Biar gula hancur dan warna bertukar menjadi perang.
  3. Ratakan gula dan biarkan sejuk. Ketepikan
Adunan B:
    Bahan - bahan
  • 3 biji kuning telur
  • 135ml air
  • 45ml minyak
  • 50g gula
  • 140g tepung gandum
  • 1sk baking powder
    Cara - cara
  1. Pukul kuning telur, air dan minyak hingga kembang dan sebati
  2. Masukkan gula. Pukul lagi hingga kembang
  3. Kemudian masukkan tepung yang telah diayak bersama baking powder
  4. Kacau sebati secara kaup balik
Adunan C:
    Bahan - bahan
  • 6 biji putih telur
  • 50g gula
  • 1sk cream of tartar
    Cara - cara
  1. Pukul semua bahan sehingga kembang (soft peak) *Perhatian: Pastikan putih telur tidak bercampur dengan kuning telur dan pemukul/mixer juga bersih tanpa bahan lain 

Cara menyediakan kek karamel

  1. Masukkan 1/2 Adunan C ke dalam Adunan B. Kacau secara kaup balik hingga sebati
  2. Kemudian masukkan Adunan C yang selebihnya ke dalam adunan tadi. Kacau kaup balik lagi
  3. Masukkan pewarna masakan
  4. Kemudian masukkan adunan C+B tadi ke dalam dulang berisi karamel tadi secara sedikit demi sedikit dan perlahan
  5. Kemudian bakar secara bain marie sehingga masak

Kek Hokkaido

    Bahan A:
  • 3 biji kuning telur
  • 20g gula halus
  • 35g minyak jagung
  • 60ml susu segar
  • 1 sk esen vanila
  • 15g tepung jagung
  • 55g gandum
  • secubit garam
    Bahan B:
  • 3 biji putih telur
  • 30g gula halus
  • 1/2 sk cream of tartar
    Cara - cara
  1. Pukul kuning telur dan gula hingga kembang
  2. Masukkan semua bahan A yang lain kecuali minyak
  3. Kacau sehingga sebati. Kemudian barulah masukkan minyak. Kacau sebati
  4. Pukul bahan B sehingga kembang(bertanduk)
  5. Satukan adunan bahan A dan B secara kaup balik
  6. Masukkan ke dalam cawan kek kertas dan bakar sehingga masak. Api atas-bawah

Krim kastad

    Bahan-bahan:
  • 1 sb tepung gandum
  • 1 sb tepung kastad
  • 4 sb gula
  • 200ml susu segar
  • 1 biji telur
  • 1 sb mentega

    Cara - cara
  1. Satukan semua bahan. Pukul sebati.
  2. Masak di atas api perlahan sehingga pekat(kacau sentiasa)

Kek Butter

    Bahan bahan
  • 250g butter
  • 250g tepung naik sendiri (atau tepung gandum + 1sb baking powder
  • 180g gula halus
  • 4 biji telur
  • 1/2 cawan susu segar

    Cara cara
  1. Panaskan oven dalam 20 atau 30 minit
  2. Pukul butter dan gula hingga kembang
  3. Masukkan telur sebiji demi sebiji di selang seli dengan tepung.
  4. Masukkan susu segar dan pukul lagi sampai sebati
  5. Masukkan dalam loyang yang telah digris atau lapik dengan baking paper
  6. Bakar hingga masak

Kek Pandan

    Bahan A:
  • 5 biji putih telur
  • 1 sk cream of tartar
  • 100g gula
    Cara - cara
  1. Pukul putih telur hingga kembang
  2. Masukkan gula dan cream of tartar dan pukul sebati dan kembang
    Bahan B:
  • 5 biji kuning telur
  • 187g tepung naik sendiri
  • 1/2 cawan air
  • 1/2 minyak jagung
  • 100g gula
    Cara - cara
  1. Pukul kuning telur dan gula
  2. Masukkan bahan - bahan lain dan kacau sebati 

Cara penyediaan kek

  1. Masukkan separuh adunan A ke dalam adunan B. Kacau secara kaup balik hingga sebati
  2. Masukkan adunan A selebihnya. Kaup balik hingga sebati (jangan terlalu lama)
  3. Bakar dengan oven api atas bawah hingga masak

Japanese Cheesecake

    Bahan-bahan
    Bahan A:
  • 250g cream cheese
  • 50g butter
  • 100ml susu segar
  • 6 biji kuning telur
  • 1 sudu besar jus lemon
  • 1/4 susu kecil garam
  • 60g tepung kek/tepung superfine
  • 20g tepung jagung
  • Bahan B:
  • 140g gula halus
  • 6 biji putih telur
  • 3/4 sudu kecil jus lemon

    Cara-cara:
  1. Cairkan cream cheese, butter dan susu dgn teknik double boiler
  2. Kemudian campurkan tepung, tepung jagung, kuning telur, garam dan jus lemon ke dalam adunan cream cheese dan gaul hingga sebati
  3. Dalam bekas lain, pukul putih telur hingga kembang. Kemudian tambahkan gula dan pukul lagi sampai bertanduk (soft peak)
  4. Campurkan adunan Bahan A tadi ke dalam adunan Bahan B dan kacau secara kaup balik
  5. Masukkan adunan ke dalam bekas kek yang telah digris
  6. Bakar kek pada suhu 160C dlm kira kira 1 jam, dengan cara bain-marie (waterbath)

Kek Lobak Merah (Carrot Cake)

    Bahan - bahan
  • 1 1/4 cawan minyak jagung
  • 4 biji telur
  • 120g gula castor
  • 120g gula perang
  • 250g tepung gandum
  • 1 sk baking soda
  • 1/4 sk garam
  • 1/4 sk serbuk kayu manis
  • 1 cawan walnut - panggang sekejap dan cincang kasar
  • 2 cawan karot - parut kasar
  • 1/2 cawan kismis
    Cara-cara:
  1. Putar telur dengan gula hingga kembang
  2. Masukkan minyak dan putar lagi
  3. Masukkan tepung gandum, baking soda, serbuk kayu manis dan garam yang telah diayak sedikit demi sedikit
  4. Masukkan karot, walnut dan kismis. Kacau sebati
  5. Tuangkan dalam loyang telah dilapik dengan kertas
  6. Bakar pada suhu 180 celcius selama 45 minit atau sehingga masak

Cream Cheese

    Bahan bahan:
  • 2 cawan gula icing(atau ikut tahap manis yang disukai)
  • 250g cream cheese
  • 75g unsalted butter
  • 2 sudu kecil esen vanila

    Cara - cara
  1. Putar cream cheese, butter dan vanilla hingga sebati
  2. Masukkan gula hingga sedikit demi sedikit. Putar sebati
  3. Sejukkan. Kemudian hias pada permukaan kek

Kek Coklat Moist

    Bahan A
  • 2 tin gula pasir
  • 1 tin minyak masak
  • 1 tin koko
  • 1 3/4 tin tepung gandum
  • 1 tin susu cair ideal
  • 1 1/2 st bikarbonat
  • 1 1/2 st baking powder
  • 1/2 st garam
  • 3 biji telur

  • Bahan B
  • 1 tin air panas

    Cara - cara
  1. Campurkan semua bahan a hingga sebati.
  2. Guna mixer dalam 4-5 minit
  3. Apabila sudah sebatim masukkan air panas
  4. Gaul sebati
  5. Biarkan 15-20 minit
  6. Masukkan ke dalam loyang dan bakar hingga masak (Boleh juga kukus)

Roti Sarang Lebah

Bahan A
  • 11gm yis
  • 1 cawan air suam
  • 3 sudu besar gula
  • 1 sudu besar susu pekat
  • 1 biji telur
  • 3 cawan tepung roti
  • 1 cawan tepung gandum
  • 2 sudu besar mentega

Bahan B (untuk sapuan)
  • 1 biji kuning telur
  • 1/4 cawan susu segar kotak 
Kuaci
Almond flakes

  1. asukkan yis ke dalam air suam. Biarkan hingga berbuih
  2. Satukan bahan-bahan A yang lain dan gaulkan(Masukkan air sedikit demi sedikit)
  3. Kemudian masukkan yis tadi. Uli sehingga menjadi doh atau gunakan mixer
  4. Setelah sebati, rehatkan doh seketika sehingga adunan naik 2 kali ganda
  5. Kemudian tekan doh untuk keluarkan udara
  6. Bahagikan dan bentukkan doh dan letakkan ke dalam dulang pembakar yang telah di sapu sedikit minyak. Jarakkan doh kerana ia akan mengembang lagi.
  7. Biarkan doh sehingga naik dalam 30-40 minit
  8. Sapu dengan bahan B dan taburkan kuaci dan almond flakes
  9. Bakar sehingga masak dengan api atas - bawah



Sos Butterscotch
  • 1 cawan gula perang
  • 1 cawan whipping cream/susu cair/susu segar kotak
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • secubit garam
  • 50g mentega (unsalted butter)

  1. Cairkan mentega
  2. Masukkan gula perang. Masak sehingga gula larut sepenuhnya
  3. Kemudian masukkan whipping cream/susu dan garam
  4. Masukkan esen vanila dan kacau sebati
  5. Apabila adunan telah mula mendidih, tutup api dan biarkan sejuk

Biskut Bangkit Cheese

Bahan-bahan:
  • 150gram butter/marjerin 
  • 400 gram tepung sagu – disanggai selama 10 minit 
  • 100 gram gula aising 
  • 100 gram keju cheedar – diparut 
  • 1 biji telur 30 gram susu tepung 
  • 75 gram santan pekat 
  • 1/2sudu kecil garam 


Cara-cara:

  1. Campurkan butter/marjerin, gula halus dan garam. Pukul sehingga kembang. 
  2. Kemudian masukkan telur dan santan, gaul sehingga sebati. 
  3. Masukan keju dan kacau rata. 
  4. Tambahkan tepung sagu dan susu tepung, kacau sehingga rata. 
  5. Kemudian masukkan dalam acuan mengikut bentuk yang anda sukai di atas loyang. 
  6. Sapukan sedikit kuning telur di atas permukaan biskut dan taburkan parutan keju
  7. Kemudian bakar dengan suhu 160 darjah Celsius selama 20 minit atau sehingga masak.

Kek Lapis Masam Manis

    Bahan-bahan
  • 10 biji telur
  • 300g tepung biskut marie yang telah dikisar halus
  • 500g mentega
  • 1 sb ovallete
  • 75ml air sejuk (dari peti sejuk)
  • 1 sk esen vanilla
  • 100g gula halus
  • 300g susu pekat manis
  • hawflake secukupnya
  • perasa pandan
  • sedikit pewarna kuning telur

    cara-cara :
  1. Pukul telur, gula, esen vanilla, air sejuk, tepung biskut marie dan ovallete hingga kembang
  2. Dalam bekas yang lain, putar mentega dan susu hingga kembang
  3. Kemudian adunan 1 dan 2. Putar sebati dengan menggunakan kelajuan paling minima lebih kurang 10 minit
  4. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Masukkan perasa pandan dalam 1 bahagian dan pewarna kuning dalam bahagian lain
  5. Masukkan 7 sudu besar adunan lapisan pertama ke dalam loyang yang telah digris. Bakar lebih kurang 5-7 minit dengan api atas bawah
  6. Setelah masak, keluarkan dari oven dan tekan-tekan dengan alat penekan kek
  7. Tuangkan adunan untuk Lapisan seterusnya. Gunakan api atas sahaja. Letakkan hawflake pada lapisan ketiga atau mana-mana lapisan ikut citarasa
  8. Ulang sehingga adunan habis. Bakar sehingga masak
  9. Sejukkan sebelum potong