Tuesday, December 26, 2023

Pisang Goreng

Bahan - banan:

  • 2 1/2 cawan tepung beras
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 1/2 sudu kecil serbuk kunyit
  • 1 sudu besar gula
  • 1 sudu kecil garam
  • 1/4 sudu kecil kapur (larutkan dalam 1/4 cawan air - tapis dan ambil air)
  • 1 biji telur


Cara - cara
  1. Masukkan semua bahan dalam bekas. Tambah air sedikit demi sedikit (lebih kurang 1 cawan)
  2. Bancuh hingga agak cair
  3. Masukkan pisang, goreng hingga masak

Karipap pusing

Bahan - bahan:

A:
  • 2 1/2 cawan gandum
  • 1/4 cawan minyak masak (dipanaskan)
  • Air secukupnya (lebih kurang 3/4 cawan)
  • sedikit garam

Cara - cara:
  1. Masukkan minyak panas dalam tepung gandum. Tambah garam. Gaul sebati dengan sudu/senduk
  2. Masukkan air dan uli hingga adunan menjadi doh
  3. Bahagi kepada 6 bahagian. Bulatkan

B:
  • 1 1/2 cawan gandum
  • 2 sudu besar lemak sayur
  • 1/2 cawan mentega (atau sehingga jadi doh)
  • sedikit garam

Cara - cara:
  1. Masukkan lemak sayur ke dalam tepung yang dicampur garam. Gaul rata
  2. Kemudian masukkan mentega. Uli hingga jadi doh
  3. Bahagi kepada 6 bahagian. Bulatkan


Cara - cara:
  1. Masukkan doh B dalam A
  2. Canai. kemudian gulung
  3. Kemudian canai sekali lagi dalam keadaan doh tadi memanjang. Kemudian gulung
  4. potong bahagi 5 bahagian.
  5. Canai, letak inti, kelim





Monday, December 25, 2023

Kek Marble

 Bahan- Bahan

  • 3 biji telur
  • 1 cawan tepung kek
  • 1/2 sudu makan ovalette
  • 1/2 cawan gula halus
  • 3 sudu besar susu segar
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 1 sudu besar susu pekat
  • 1/2 cawan mentega cair

Cara - cara:
  1. Mix semua bahan kecuali mentega cair sehingga gebu
  2. Kemudian masukkan mentega cair. Gaul kaup balik hingga sebati
  3. Masukkan dalam loyang, bakar suhu 150, 40 minit atau hingga masak bergantung kepada oven


Laksa Penang

Bahan - bahan:

A:
7-8 ekor ikan selayang direbus bersama garam dan 3 asam keping
Kemudian kisar isi ikan bersama sedikit air rebusan ikan

B (Kisar semua dengan air rebusan ikan):
3 ulas bawang merah
1 biji bawang besar
8-9 tangkai lada kering
1 biji lada besar
sedikit cili padi

C:
1 bunga kantan
1 mangkuk air asam jawa
Daun kesum
sedikit belacan
garam
gula
gula melaka

Cara - cara:
Campur sekali bahan B bersama isi ikan yang telah dikisar
Masukkan air rebusan ikan. Tambah air jika sedikit
Masak hingga mendidih dengan menggunakan api perlahan
Kemudian masukkan bahan C. Masak lagi hingga mendidih
Hidang dengan laksa dan ulaman


Laksa Johor

Bahan-bahan:

  • A:
  • 1 keping ikan tenggiri
  • 7-8 ekor udang (sederhana besar)
  • segenggam udang kering
  • 2 batang serai diketuk
  • 2 asam keping
  • Garam secukup rasa

Cara:
  1. Campur semua, masukkan air dan kemudian rebus
  2. Apabila mendidih, keluarkan serai
  3. Kisarkan isi ikan, udang dan udang kering dengan menggunakan air rebusan tadi

B:
  • 5 ulas bawang merah
  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 1/2 inci lengkuas
  • 1 inci halia
  • 9-10 tangkai lada kering
  • 2 sudu besar rempah kari ikan
  • 1 sudu besar kerisik
  • 1 cawan santan pekat
  • Sedikit daun kesum
  • garam
  • gula

Cara:
  1. Kisar semua bawang, lengkuas, halia dan lada kering
  2. Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga pecah minyak
  3. Masukkan rempah kari yang dicampur dengan sedikit air. Masak seketika
  4. Masukkan isi ikan, udang dan udang kering yang telah dikisar tadi
  5. Kemudian masukkan air rebusan bersama asam keping
  6. Kemudian masukkan santan dan kerisik. Masukkan daun kesum
  7. Perasakan dengan garam dan gula
  8. Biarkan sehingga masak
  9. Hidangkan bersama spageti dan ulaman serta sambal belacan


Donut

Bahan:
  • 1 cwn susu
  • 1 telur
  • 1/8 cwn gula
  • 2 sk yis
  • 2 3/4 tepung roti
  • 1 sk garam
  • 2 sb marjerin/butter

Cara:
  1. Campur semua, uli hingga sebati.
  2. Biar naik sekali ganda (dalam sejam)
  3. Kemudian bentukkan donut
  4. Biarkan kembang semula. Goreng, tabur gula

Tuesday, June 2, 2020

Brownies Kedut

    Bahan-bahan
  • 150g butter/mentega
  • 350g colat dark Beryls/coklat blok untuk kek
  • 3 biji telur
  • 170g gula perang
  • 1 cawan tepung naik sendiri
  • Esen vanila

    Cara - cara
  1. Satukan butter dan coklat, cairkan.
  2. Dalam bekas lain, campurkan telur, gula dan esen vanila. Kacau sebati(tak perlu lama)
  3. Masukkan butter dan coklat yang telah dicairkan tadi. Tak perlu tunggu sejuk. Kacau sebati
  4. Masukkan tepung. Kacau sebati
  5. Biarkan sekejap sementara sediakan loyang dan panaskan oven
  6. Masukkan adunan ke dalam loyang yang telah dilapik dengan baking paper
  7. Bakar dengan suhu oven 140-150 celcius selama 45 minit
  8. Buka pintu oven sedikit selama 10 minit apabila brownies telah masak (Brownies masak jika permukaan brownies tak melekat di jari apabila disentuh)

Puding Buih

    Bahan-bahan:
  • 1 paket serbuk agar-agar (cap nona 10g)
  • 1500ml air
  • 250g gula
  • 3 biji telur putih
    Cara-cara
  1. Masak serbuk agar-agar bersama air hingga betul-betul larut
  2. Masukkan gula dan masak hingga gula larut
  3. Masukkan pewarna makanan. Tutup api dan biarkan sejuk sedikit
  4. Apabila dah suam, masukkan telur putih yg tlh dipukul kembang
  5. Kacau guna mixer hingga betul - betul sebati. Jika telur putih terapung, biarkan seketika hingga sejuk sikit kemudian mix lagi. Guna bekas yg transparent supaya senang nampak
  6. Dah betul-betul sebati, biarkan sejuk atau masukkan dlm peti ais
Kuah kastad:
    Bahan-bahan:
  • 1 tin susu cair
  • 1000ml air
  • 3 biji kuning telur(x suka lemak boleh kurangkan)
  • Setgh cawan gula
  • Sedikit esen vanilla
  • 1 sudu makan tepung kastad
Cara: Campur semua dalam periuk, whisk sebati. Masak hingga ada buih-buih

Ketupat Sotong

    Bahan-bahan
  • 8-10 ekor sotong
  • 1 cawan beras pulut
  • 1 cawan santan pekat - kuah
  • 2 ulas bawang merah
  • 1 inci halia
  • 1/2 sk halba
  • Garam dan gula
    Cara - cara
  1. Basuh beras pulut hingga bersih. Rendam dengan memasukkan sedikit santan ke dalam air(Rendam agak-agak tenggelam pulut. Rendam selama lebih kurang 1 1/2 jam
  2. Masukkan beras pulut yang telah direndam tadi ke dalam sotong yang telah dibersihkan sebanyak 2/3 penuh
  3. Selitkan lidi pada bahagian atas sotong supaya pulut tak keluar
  4. Masukkan ke dalam periuk bersama air dan sedikit santan, bawang merah dan halia
  5. Biarkan mendidih. Kemudian masukkan santan selebihnya, halba, garam dan gula
  6. Masak sehingga sotong dan pulut mas

Kuah Yong Tau Foo

    Bahan-bahan
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 sb lada boh
  • 1 paket taucu (cap opah nur - 60g) - dimesin lumat
  • 3/4 cawan kicap manis
  • 2 sb kicap masin
  • 1/2 cawan gula
  • 1 sb gandum
  • sedikit belacan yang telah dibakar-optional

    Cara - cara
  1. Tumis bawang putih dan lada boh hingga naik bau
  2. Masukkan tepung gandum. Kacau sebati
  3. Masukkan sedikit air. Masak hingga lada masak dan pecah minyak
  4. Masukkan taucu, kicap dan gula
  5. Masak sehingga pekat
  6. Siap. Boleh ditabur dengan kacang goreng

Sagupal

    Bahan (sagu)
  • 2 cawan Sagu
  • inti kacang secukupnya
  • 1/2 cawan air panas
  • 1/2 sk garam
    Bahan (Kuah)
  • 1 cawan santan
  • 1/2 cawan air
  • 1 ulas bawang merah - dipotong halus
  • 1/2 sk halba
  • 1 inci halia
  • 1 sk garam
  • 2 sb gula

    Cara - cara
  1. Masukkan 1/2 sk garam ke dalam 1/2 cawan air panas. Kemudian masukkan air tersebut ke dalam sagu. Kacau sebati
  2. Masukkan sagu tadi ke dalam bekas lompang(separuh). Masukkan inti dan masukkan sagu semula (atau boleh bulat-bulatkan sahaja dengan inti di dalam)
  3. Kukus hingga masak
  4. Sementara kukus, sediakan kuah. Masukkan semua bahan kuah ke dalam periuk. Masak hingga santan menggelegak tapi jangan terlalu lama
  5. Setelah kuah masak, masukkan sagupal tadi ke dalam kuah
  6. Sedia untuk dihidang

Puding Susu

    Bahan-bahan
  • 32g agar-agar tali
  • 14 cawan air
  • 1 tin susu cair
  • 1 tin susu pekat
    Cara - cara
  1. Masak agar-agar dengan air sehingga agar-agar larut sepenuhnya
  2. Masukkan susu cair dan susu pekat
  3. Kacau sekejap. dan tutup api
  4. Masukkan ke dalam bekas yang sesuai dan sejukkan
  5. Boleh ubahsuai untuk jadikan puding laici. Masukkan air laici dalam adunan tadi dan letak laici di atas. Setelah puding membeku, masukkan pula kordial laici pada permukaan puding
H

Kacang Salut

    Bahan-bahan
  • 1/2kg kacang jawa(tak perlu buang kulit)
  • 1 biji telur
  • 1 cawan gula
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sb garam

    Cara - cara
  1. Basuh kacang dan toskan air. Biarkan kering sedikit
  2. Satukan telur, gula dan garam. Kacau sebati
  3. Masukkan kacang. Gaulkan
  4. Kemudian masukkan tepung. Gaul sebati
  5. Goreng dalam minyak yang banyak dengan api sederhana