Tuesday, June 2, 2020

Kek Lapis Masam Manis

    Bahan-bahan
  • 10 biji telur
  • 300g tepung biskut marie yang telah dikisar halus
  • 500g mentega
  • 1 sb ovallete
  • 75ml air sejuk (dari peti sejuk)
  • 1 sk esen vanilla
  • 100g gula halus
  • 300g susu pekat manis
  • hawflake secukupnya
  • perasa pandan
  • sedikit pewarna kuning telur

    cara-cara :
  1. Pukul telur, gula, esen vanilla, air sejuk, tepung biskut marie dan ovallete hingga kembang
  2. Dalam bekas yang lain, putar mentega dan susu hingga kembang
  3. Kemudian adunan 1 dan 2. Putar sebati dengan menggunakan kelajuan paling minima lebih kurang 10 minit
  4. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Masukkan perasa pandan dalam 1 bahagian dan pewarna kuning dalam bahagian lain
  5. Masukkan 7 sudu besar adunan lapisan pertama ke dalam loyang yang telah digris. Bakar lebih kurang 5-7 minit dengan api atas bawah
  6. Setelah masak, keluarkan dari oven dan tekan-tekan dengan alat penekan kek
  7. Tuangkan adunan untuk Lapisan seterusnya. Gunakan api atas sahaja. Letakkan hawflake pada lapisan ketiga atau mana-mana lapisan ikut citarasa
  8. Ulang sehingga adunan habis. Bakar sehingga masak
  9. Sejukkan sebelum potong

No comments:

Post a Comment