Tuesday, June 2, 2020

Roti Sarang Lebah

Bahan A
  • 11gm yis
  • 1 cawan air suam
  • 3 sudu besar gula
  • 1 sudu besar susu pekat
  • 1 biji telur
  • 3 cawan tepung roti
  • 1 cawan tepung gandum
  • 2 sudu besar mentega

Bahan B (untuk sapuan)
  • 1 biji kuning telur
  • 1/4 cawan susu segar kotak 
Kuaci
Almond flakes

  1. asukkan yis ke dalam air suam. Biarkan hingga berbuih
  2. Satukan bahan-bahan A yang lain dan gaulkan(Masukkan air sedikit demi sedikit)
  3. Kemudian masukkan yis tadi. Uli sehingga menjadi doh atau gunakan mixer
  4. Setelah sebati, rehatkan doh seketika sehingga adunan naik 2 kali ganda
  5. Kemudian tekan doh untuk keluarkan udara
  6. Bahagikan dan bentukkan doh dan letakkan ke dalam dulang pembakar yang telah di sapu sedikit minyak. Jarakkan doh kerana ia akan mengembang lagi.
  7. Biarkan doh sehingga naik dalam 30-40 minit
  8. Sapu dengan bahan B dan taburkan kuaci dan almond flakes
  9. Bakar sehingga masak dengan api atas - bawah



Sos Butterscotch
  • 1 cawan gula perang
  • 1 cawan whipping cream/susu cair/susu segar kotak
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • secubit garam
  • 50g mentega (unsalted butter)

  1. Cairkan mentega
  2. Masukkan gula perang. Masak sehingga gula larut sepenuhnya
  3. Kemudian masukkan whipping cream/susu dan garam
  4. Masukkan esen vanila dan kacau sebati
  5. Apabila adunan telah mula mendidih, tutup api dan biarkan sejuk

No comments:

Post a Comment