Tuesday, June 2, 2020

Brownies Kedut

    Bahan-bahan
  • 150g butter/mentega
  • 350g colat dark Beryls/coklat blok untuk kek
  • 3 biji telur
  • 170g gula perang
  • 1 cawan tepung naik sendiri
  • Esen vanila

    Cara - cara
  1. Satukan butter dan coklat, cairkan.
  2. Dalam bekas lain, campurkan telur, gula dan esen vanila. Kacau sebati(tak perlu lama)
  3. Masukkan butter dan coklat yang telah dicairkan tadi. Tak perlu tunggu sejuk. Kacau sebati
  4. Masukkan tepung. Kacau sebati
  5. Biarkan sekejap sementara sediakan loyang dan panaskan oven
  6. Masukkan adunan ke dalam loyang yang telah dilapik dengan baking paper
  7. Bakar dengan suhu oven 140-150 celcius selama 45 minit
  8. Buka pintu oven sedikit selama 10 minit apabila brownies telah masak (Brownies masak jika permukaan brownies tak melekat di jari apabila disentuh)

Puding Buih

    Bahan-bahan:
  • 1 paket serbuk agar-agar (cap nona 10g)
  • 1500ml air
  • 250g gula
  • 3 biji telur putih
    Cara-cara
  1. Masak serbuk agar-agar bersama air hingga betul-betul larut
  2. Masukkan gula dan masak hingga gula larut
  3. Masukkan pewarna makanan. Tutup api dan biarkan sejuk sedikit
  4. Apabila dah suam, masukkan telur putih yg tlh dipukul kembang
  5. Kacau guna mixer hingga betul - betul sebati. Jika telur putih terapung, biarkan seketika hingga sejuk sikit kemudian mix lagi. Guna bekas yg transparent supaya senang nampak
  6. Dah betul-betul sebati, biarkan sejuk atau masukkan dlm peti ais
Kuah kastad:
    Bahan-bahan:
  • 1 tin susu cair
  • 1000ml air
  • 3 biji kuning telur(x suka lemak boleh kurangkan)
  • Setgh cawan gula
  • Sedikit esen vanilla
  • 1 sudu makan tepung kastad
Cara: Campur semua dalam periuk, whisk sebati. Masak hingga ada buih-buih

Ketupat Sotong

    Bahan-bahan
  • 8-10 ekor sotong
  • 1 cawan beras pulut
  • 1 cawan santan pekat - kuah
  • 2 ulas bawang merah
  • 1 inci halia
  • 1/2 sk halba
  • Garam dan gula
    Cara - cara
  1. Basuh beras pulut hingga bersih. Rendam dengan memasukkan sedikit santan ke dalam air(Rendam agak-agak tenggelam pulut. Rendam selama lebih kurang 1 1/2 jam
  2. Masukkan beras pulut yang telah direndam tadi ke dalam sotong yang telah dibersihkan sebanyak 2/3 penuh
  3. Selitkan lidi pada bahagian atas sotong supaya pulut tak keluar
  4. Masukkan ke dalam periuk bersama air dan sedikit santan, bawang merah dan halia
  5. Biarkan mendidih. Kemudian masukkan santan selebihnya, halba, garam dan gula
  6. Masak sehingga sotong dan pulut mas

Kuah Yong Tau Foo

    Bahan-bahan
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 sb lada boh
  • 1 paket taucu (cap opah nur - 60g) - dimesin lumat
  • 3/4 cawan kicap manis
  • 2 sb kicap masin
  • 1/2 cawan gula
  • 1 sb gandum
  • sedikit belacan yang telah dibakar-optional

    Cara - cara
  1. Tumis bawang putih dan lada boh hingga naik bau
  2. Masukkan tepung gandum. Kacau sebati
  3. Masukkan sedikit air. Masak hingga lada masak dan pecah minyak
  4. Masukkan taucu, kicap dan gula
  5. Masak sehingga pekat
  6. Siap. Boleh ditabur dengan kacang goreng

Sagupal

    Bahan (sagu)
  • 2 cawan Sagu
  • inti kacang secukupnya
  • 1/2 cawan air panas
  • 1/2 sk garam
    Bahan (Kuah)
  • 1 cawan santan
  • 1/2 cawan air
  • 1 ulas bawang merah - dipotong halus
  • 1/2 sk halba
  • 1 inci halia
  • 1 sk garam
  • 2 sb gula

    Cara - cara
  1. Masukkan 1/2 sk garam ke dalam 1/2 cawan air panas. Kemudian masukkan air tersebut ke dalam sagu. Kacau sebati
  2. Masukkan sagu tadi ke dalam bekas lompang(separuh). Masukkan inti dan masukkan sagu semula (atau boleh bulat-bulatkan sahaja dengan inti di dalam)
  3. Kukus hingga masak
  4. Sementara kukus, sediakan kuah. Masukkan semua bahan kuah ke dalam periuk. Masak hingga santan menggelegak tapi jangan terlalu lama
  5. Setelah kuah masak, masukkan sagupal tadi ke dalam kuah
  6. Sedia untuk dihidang

Puding Susu

    Bahan-bahan
  • 32g agar-agar tali
  • 14 cawan air
  • 1 tin susu cair
  • 1 tin susu pekat
    Cara - cara
  1. Masak agar-agar dengan air sehingga agar-agar larut sepenuhnya
  2. Masukkan susu cair dan susu pekat
  3. Kacau sekejap. dan tutup api
  4. Masukkan ke dalam bekas yang sesuai dan sejukkan
  5. Boleh ubahsuai untuk jadikan puding laici. Masukkan air laici dalam adunan tadi dan letak laici di atas. Setelah puding membeku, masukkan pula kordial laici pada permukaan puding
H

Kacang Salut

    Bahan-bahan
  • 1/2kg kacang jawa(tak perlu buang kulit)
  • 1 biji telur
  • 1 cawan gula
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sb garam

    Cara - cara
  1. Basuh kacang dan toskan air. Biarkan kering sedikit
  2. Satukan telur, gula dan garam. Kacau sebati
  3. Masukkan kacang. Gaulkan
  4. Kemudian masukkan tepung. Gaul sebati
  5. Goreng dalam minyak yang banyak dengan api sederhana

Sos Black Pepper

    Bahan-bahan
  • 2 sudu marjerin
  • 2 sudu tepung gandum
  • 2 cawan air
  • 1 ketul kiub ayam
  • 1 sudu gula
  • 1 sudu kicap pekat
  • 1 tin mushroom (hancurkan)

    Cara - cara
  1. Panaskan kuali. Cairkan marjerin
  2. Masukkan tepung dan kacau. Gunakan api perlahan atau sederhana
  3. Masukkan air, kicap, lada hitam, mushroom dan kiub ayam
  4. Perisakan dengan garam dan gula
  5. Masak hingga pekat

Apam Beras Mekar

    Bahan A:
  • 2 cawan nasi sejuk
  • 1/4 ragi(tumbuk halus)
  • 1 cawan gula
  • 3/4 cawan air
    Cara-cara:
  1. Gaulkan nasi dengan ragi yang telah ditumbuk halus. Peram semalaman
  2. Blend nasi yang telah diperam tadi bersama gula dan air
    Bahan B:
  • 3 cawan tepung beras
  • 1 cawan air
  • 1 bungkus eno(bungkus biru

    Cara - cara
  1. Bancuh tepung beras dan air. Kacau sebati
  2. Campurkan tepung yang telah dibancuk dengan adunan B. Perap selama 5 jam
  3. Selapas itu, masukkan eno. Kacau sebati
  4. Masukkan ke dalam acuan lompang. Kukus selama 15 minit

Apam Gula Hangus

    Bahan A:
  • 1 cawan gula
  • 1 cawan air panas
  • 2 sudu besar marjerin
    Cara-cara:
  1. Masak gula hingga menjadi karamel
  2. Masukkan air panas dan marjerin. Biarkan sejuk
    Bahan B:
  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 1 biji telur
  • 2 sudu besar susu pekat
  • 1/2 cawan minyak masak
  • 1 sudu kecil esen vanila

    Cara - cara
  1. Ayak tepung dan soda bikarbonat
  2. Pukul telur dan masukkan semua bahan B
  3. Masukkan air gula (bahan A). Kacau sebati
  4. Kemudian tapis adunan tadi
  5. Perap selama lebih kurang 15minit
  6. Masukkan ke dalam acuan kuih lompang (atau acuan lain) yang telah disapu minyak
  7. Kukus selama 15minit atau sehingga masak. Permukaan kuih kelihatan berkilat apabila masak

Acar Masak Timun

    Bahan-bahan
  • 2 batang timun - belah dan potong panjang
  • 5 ulas bawang merah - kisar
  • 3 ulas bawang putih - kisar
  • 2 labu bawang besar - dipotong 4
  • 1 sb lada boh
  • 3/4 cawan cuka
  • 1/4 cawan gula

    Cara - cara
  1. Tumis bawang merah dan bawang putih yang telah dikisar hingga naik bau
  2. Kemudian masukkan lada boh dan gula. Tumis hingga pecah minyak
  3. Masukkan 1 cawan air. Biarkan mendidih
  4. Masukkan timun dan bawang besar yang telah dipotong
  5. Biarkan mendidih. Kemudian masukkan cuka
  6. Perisakan dengan garam. Siap

Kek Slice Cheese

    Bahan - bahan
  • 4 - 5 keping slice cheese
  • 200ml susu segar (susu kotak fresh milk)
  • 70g butter
  • 70g gandum
  • 70g gula
  • 4 biji telur

    Cara - cara
  1. Cairkan slice cheese bersama susu
  2. Masukkan butter, kacau hingga larut. Sejukkan
  3. Pukul puth telur dan gula hingga kembang (soft peak)
  4. Dalam mangkuk lain, pukul kuning telur hingga kembang. Kemudian masukkan adunan cheese
  5. Masukkan tepung ke dalam adunan kuning telur
  6. Kemudian masukkan adunan putih telur. Kacau secara kaup balik
  7. Bakar secara bain marie. Tetapkan suhu 200 celcius untuk 15 minit, kemudian turunkan kepada 170 atau mengikut kesesuaian suhu oven. 

Kek Coklat Cheese

    Bahan A
  • 180g butter
  • 170g gula
  • 3 biji telur
  • 20g serbuk koko
  • 120g tepung gandum
  • 1 sk baking powder
    Bahan B
  • 250g cheese
  • 60g gula
  • 1 biji telur
  • esen vanila

    Cara - cara
  1. Pukul butter dan gula hingga kembang
  2. Masukkan telur, pukul lagi
  3. Masukkan tepung, serbuk koko dan baking powder yang telah diayak
  4. Di dalam bekas lain, masukkan semua bahan B dan pukul sebati
  5. Masukkan separuh adunan kek (A) ke dalam loyang dan lapis dengan bahan B seterusnya bahan A. Boleh juga diletak seperti kek marble
  6. Boleh dibakar atau kukus